APA BEST JADI PEMBANTU TADBIR

Assalamualaikum…


Rasa dah setahun 5 bulan Cik Zai kerja sebagai pembantu tadbir. Apa yang Cik Zai boleh buat kesimpulan mengenai kerja ni seperti berikut di bawah;

Best
Seronok
Mencabar

Masa masuk ke alam pekerjaan ni someone said “ada orang akan dapat kerja banyak, ada orang akan dapat kerja sikit, bergantung kepada rezeki masing-masing”…

Dan betul rezeki aku dapat kerja yang tak senang dan tak susah…. Kiranya masih tertanggung lagi, sebabnya Allah tak akan bagi sesuatu melebihi kemampuan kita..

Apa best, seronok dan mencabar jadi pembantu tadbir??? Berikut adalah kerja-kerja yang Cik Zai lakukan:

Jadi urus setia mesyuarat
Jadi urus setia kursus
Kadang-kadang jadi PA
Kadang-Kadang kena jadi pegawai khidmat pelanggan
Jadi operator telefon
Kadang-kadang jadi CC
Kadang-Kadang jadi PAP
Buat paper
Buat pelbagai jenis surat
Jaga fail
Buat buku meeting..
Kena pergi agensi lain…
Kadang-kadang pergi aerobic….opsss….

Haaa see…. Sebab tu la Cik Zai kata kerja jadi pembantu tadbir seronok, apa-apa kerja pun semua kitorang boleh masuk. Takderla keja hari-hari photostate dokumen jer, rekod dokumen jer….ngantuk wei…

Sekian, nak sambung kerja yang tak pandai habis.....