JELAJAH 1MALAYSIA

Assalamulaikum…

Cik Zai bercadang sebelum bertukar balik Sabah Cik Zai nak jelajah satu semenanjung Malaysia. Huwahahaah.




Esok Cik Zai akan bertolak ke Negeri Kelantan. So, maksudnya tinggal beberapa negeri sahaja lagi Cik Zai tak jejak.

PERLIS
PULAU PINANG
PERAK
JOHOR
Haaa kan tinggal 4 negeri lagi Cik Zai tak jejak. Insyaallah matlamat Cik Zai akan tercapai sebelum bertukar balik ke Negeri di Bawah Bayu.

Insyaallah…Amin...

CEK NUFFNANG LAGI!

Assalamualaikum…

Cek lagi…

Entah bila nak cash out sebab takda masa nak pergi bank.

Korang yang ada banyak masa serta ada bakat menulis tu baik buat satu blog dan curahkan idea-idea korang. Boleh dapat side income.

Alaaa orang tak ada bakat menulis pun boleh dapat juga. Mudah jer kan. Asalkan korang rajin.


HIDUP SECARA RASIONAL, BUKAN IKUT EXPECTATION ORANG LAIN!



Assalamualaikum…

Orang kata hidup dekat sini taraf hidup tinggi. Payah nak tinggal. Sebenarnya ok jer kalau kita pandai manage. Lagi- lagi orang bujang like me... muwahahahahha......

Plan tu memang nak balik negeri tercinta tapi mungkin dalam masa terdekat ni tak kot. Insyaallah satu hari nanti dapat tukar. Aminnn…

Berbalik kepada tajuk. Cik Zai dah fikir masak-masak, disebabkan dekat sini Cik Zai tak nak tinggal lama dan kemudahan pengangkutan kat sini sangat senang, mudah, pantas dan jimat so kereta belum menjadi satu keperluan lagi. Lagipun sekiranya Cik Zai dapat tukar tahun ni atau tahun depan so maksudnya Cik Zai belum layak untuk buat tuntutan perpindahan. Sapa nak angkut semua barang-barang Cik Zai kalau dapat tukar nanti. 

Cik Zai ingat satu kata-kata, …..

Hidup secara rasional, bukan ikut expectation orang lain….”

Orang ada smartphone, kita pun nak beli smartphone…

Orang ada kereta, kita pun nak beli kereta…

So, bila difikir-fikirkan serta dipertimbangkan semula kenapa nak cari yang susah sekiranya benda depan mata sangat memudahkan. Dengan adanya kad bulanan ni, jimat sangat-sangat. RM20  topup untuk 35 hari. Pergilah ke mana-mana area putrajaya ni. Naik bas 50 kali sehari pun takper asalkan ada kad ni. Tak ker jimat sangat tu. 


BAKI PINJAMAN PTPTN DAH BERKURANG!

Assalamualaikum…




Korang tahu tak apa perasaan bila kita bayar benda tu makin berkurang dan berkurang?

Sah-sahlah happy kan…

Bila tengok baki jumlah PTPTN tu rasa Alhamdulillah. Daripada jumlah yang banyak tinggal sikit dah.

Kalau tengok daripada jumlah boleh jer bayar lump sumkan tapi CZ tak nak sebabnya bila CZ bayar bulan-bulan tu lerr CZ akan ingat kembali bagaimana CZ struggle masa belajar dulu. Hidup berbekalkan duit PTPTN jer.  Duit yuran, tiket kapal terbang, duit makan, duit saku, segala-galanya bergantung kepada duit PTPTN. Sebab bila dapat duit PTPTN tu Cik Zai tak nak menyusahkan mak bapa CZ dah sebab adik beradik Cik Zai ramai lagi yang study masa tu.

Kalau tengok pelajar sekarang ni lain sikit. Bila dapat duit PTPTN diorang kata tak cukup. Parents kena bagi tiap-tiap bulan juga. Hmmm… CZ tak nak komenla pasal cara korang manage duit PTPTN korang sebab lain orang lain situasi. Korang yang pinjam so pandai-pandai koranglah nak manage macam mana duit pinjaman korang.

Untuk makluman, Cik Zai tak mohon pun ujrah. Sebabnya…

Masa tu jumlah baki PTPTN CZ tinggal separuh jer. Bila CZ buat pengiraan akan kurang sedikit jer sekiranya dapat pembiayaan 1% tu.

Cik Zai suka bayar lebih. Taknaklah potong gaji. Kalau bayar sendiri ikut suka hati jer nak bayar berapa banyak.

CHIKEN POX DI USIA DEWASA!


Assalamualaikum...




Tak perlu gambar chiken pox.....nanti korang geli

24.03.2014...

Yaa...aku ingat lagi. Bangun pagi aku rasa sesuatu yang pelik dekat lengan belah kiri. Bila buka lampu... Masyaallah! Ada 3 gelembung berisi air dekat tangan. Serta merta aku dah tahu dah aku kena cacar air. Walaupun tak banyak aku tetap rasa risau sebab orang kata bila kena cacar  di usia dewasa  keadaan lebih teruk banding kanak-kanak.

Perkara pertama yang Cik Zai buat pagi tu col mak kat kampung. Mak kata kena mandi tapi dengan air panas dan mak suruh balik rumah makcik dekat Banting sebab kampung Cik Zai jauh kat Sabah.

Pagi tu juga Cik Zai pergi jumpa doktor dekat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. Doktor kata memang sah kena chiken pox dan kena cuti seminggu. Doktor kata dia tak boleh bagi MC pada hari tersebut sebab kebetulan hari tu adalah hari Ahad. Doktor suruh datang keesokan harinya. Ubat yang doktor bagi hanyalah Panadol serta Calamine lotion. Hmmmmm...

Lepas jumpa doktor Cik Zai ke ofis terus siapkan mana-mana kerja yang sempat disiapkan sebab Cik Zai dah tak boleh datang kerja seminggu. Datang kang ada yang berjangkit pula nanti...Nayaaaa!! So, dari pagi hingga petang Cik Zai kat ofis. Masa kat ofis tu sambil-sambil buat kerja sambil-sambil fikir nak balik Sabah ke tak nak, balik Sabah ke tak. Last-last Zai buat keputusan balik sabah sebab bila google penyakit ni bahaya juga. Ada gambar seluruh badan kena cacar. Eeeee ngerilah bila baca kat internet. Kot-kot hari ketiga bila Cik Zai dah tak boleh jalan entah siapa boleh tengok-tengokkan Cik Zai kat sini. So, nekad balik Sabah tak kiralah tiket imergency mahal ataupun murah.

Keesokan harinya cacar tak merebak lagi. Pukul 4.45 pagi Cik Zai dah bertolak ke airport. Nasib baik kawan hantar ke Putrajaya Central. TQ Fren dan flight 7.30 pagi. Alhamdulillah Cik Zai selamat tiba di Tawau. Masa tiba kat Tawau Airport ada bapa, mak, adik serta anak buah Cik Zai yang comel. Alalala comei...comei... Kalau Cik Zai tak kena cacar confirm2lah Cik Zai dah dukung anak buah Cik Zai yang comel tu. Eeeeee geramm sangat-sangat....

Sehari sebelum tu doktor ada suruh pergi hospital lagi kan, Cik Zai tak pergi pun. Cik Zai ke klinik swasta jer kat Tawau, Sabah. Doktor bagi cuti seminggu. Doktor ada bagi ubat antivirus juga. Dia kata kalau makan ubat tu seminggu jer dah kering. Doktor kata kena mandi, kalau tak mandi cacar air tu akan jadi nanah. Hohohohoh, ok doktor, Cik Zai tak akan lupa nasihat doktor.

Hari ketiga cacar dah menyerang kat area badan dah, kalau mandi kan fullamak pedih. Masa tu jangan harap nak mandi sental-sental macam selalu. Kena mandi dengan cermat ok. Lepas mandi tu badan penuh CZ sapu dengan Calamine Lotion. Hahahahahah sampai adik Cik Zai tiap-tiap hari mengejek. Tunggu bila Cik Zai dah sembuh, awass...

Bercakap mengenai makanan, masa cacar Cik Zai tak ada selera makan pun. Sampai satu masa tu Cik Zai paksa makan nasi tanpa lauk. Walau tak ada selera tapi Alhamdulillah Cik Zai takderlah sampai terbaring tak boleh jalan. Cik Zai rasa sihat Cuma cacar tu jerlah rasa pedih.

Anak buah Cik Zai yang comel tu dia suka datang dekat Zai, pastu Cik Zai tak nak dekat dia takut berjangkit. Kan cacar ni disebabkan Varicella Zoster. Kakak Zai kata takper sebab auni antibodi dia kuat tapi Cik Zai tetap risau. Auni kan baru setahun. Bahaya...Alhamdulillah sepanjang Cik Zai dekat kampung takder sapa-sapa pun yang kena jangkit.

Lepas seminggu cacar dah nak mula mengering. Cik Zai ambil keputusan balik Putrajaya walau tak sembuh sepenuhnya sebab cuti sakit pun dah habis dan kerja Cik Zai banyak yang tertunggak. Lagipun cacar Cik Zai tak teruk pun. Tangan dan badan jer kena serang. Tupun tak banyak. Dekat muka ada dua jer. Haaa, Alhamdulillah sangat-sangat.

Akhirnya Cik Zai dah merasai dah sakit cacar air. Dulu masa sekolah asyik tertanya-tanya jer bilalah Cik Zai akan kena ni. Tak nak kena masa dewasa tapi akhirnya kena juga. Dan terima kasih Allah kerana memberikan serta menyembuhkan penyakit ini.

Kepada korang yang mungkin akan terkena juga beberapa tips berguna untuk korang seperti berikut:

Cik Zai rasa baik korang pergi klinik swasta sebab macam situasi Cik Zai klinik swasta ada bagi antivirus, ubat tahan gatal tapi klinik kesihatan cuma bagi panadol dan Calamine Lotion jer.
Korang kena mandi, jangan tak mandi nanti cacar air jadi nanah...
Kena kerap tukar baju, cadar dan selimut.
Jangan berpanas, masa Cik Zai kena cacar CZ pasang kipas kuat-kuat agar tak panas. Lagi panas lagi banyak gelembung-gelembung air timbul pada kulit korang.
Sapu tempat terbabit dengan Calamine Lotion selalu.
Jangan lupa makan ubat ikut arahan doktor. Kalau rasa macam nak demam tu cepat-cepat makan panadol.
Korang kena berpantang, banyak benda tak boleh makan. Tapi masa sakit tu memang tak ada selera makan pun sebenarnya.