PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

Assalamualaikum…

25 September 2010 hari tu Cik Zai pergi interview tuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17. Haaaa ikutkan Cik Zai dah empat (4) kali dapat peluang interview. Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti di bawah:

JAWATAN
TARIKH INTERVIEW
KEPUTUSAN
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17
2009
Calon Simpan
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
Julai 2012
Berjaya
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred N17
Julai 2012
Berjaya
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
September 2014
???? Sedang menunggu keputusan

Kalau ikut keputusan interview memang amat memuaskan.  Tak ada yang gagal kan tapi tak tahula result interview yang last tu.

Korang jangan tertanya-tanya kenapa semua interview yang Cik Zai dapat adalah Gred N17. Hmmm, biasala sebab gred rendah-rendah nikan kekosongan adalah banyak jadi kebarangkalian untuk dipanggil interview memang banyak okay. Kalau nak tunggu untuk gred tinggi-tinggi tu ikut rezeki heheheh.

Disebabkan Cik Zai dah banyak kali interview hmmm soalan-soalan interview tu Cik Zai memang dah familiar dan Cik Zai dah bersedia dari awal. Contoh soalan interview hari tu…

Perkenalkan diri dalam bahasa Inggeris…
Kenapa nak tukar skim?
Sekiranya dapat jawatan ni kena pool nak buat apa?
Tugas-tugas PA?
Apa yang melayakkan anda berbanding berates-ratus calon lain di luar sana?
Nama Agung?

Tu jer jenis-jenis soalan dia. Senangkan. Untuk pengetahuan korang sepanjang pengalaman Cik Zai diinterview, interview jawatan kerajaan adalah yang paling senang berbanding jawatan swasta. Cik Zai tak tahulah korang bagaimana but seriously memang senang. Cuma dapat tak dapat jerlah erk ikut rezeki masing-masing.

So, dapat tak dapat jawatan ni Cik Zai tawakal jer, tapi rasa-rasa macam tak dapat jer sebab panel kata PTPO lagi mencabar dari PA. Lagi-lagi PTPO yang keja kat Bahagian Sumber Kementerian. Hmmm, mana-manala panel. Saya sedia berkhidmat. 

No comments: