JUBAH MUSLIMAH

Assalamualaikum…

Ni cerita minggu lepas.  CZ dapat abiskan kelas jahitan Fesyen Jubah Muslimah dengan jayanya selama 20 jam.

Dalam banyak-banyak fesyen yang Cik Zai belajar, fesyen Jubah ni la yang paling CZ tunggu-tunggu. Sampaikan family datang KL pun CZ sempat lagi curi masa pergi kelas.

Korang pun mesti pernah pergi survey harga baju dan perasan harga jubah jarang bawah seratus ringgit. Semua harga RM100++ padahal simple jer kain color hitam. Why?!

Lepas belajar buat jubah ni Cik Zai dah boleh buat kesimpulan sebab mengapa dan kenapa harga jubah menjadi mahal. Kalau tengok pola hmmm takdela susah sangat sebab tak perlu buat kain@skirt pon. Potong kain pun senang.

Harga kain yang mahal sebenarnya!

Jubah ni bukan boleh pakai kain yang nipis macam kain baju kurung tu. Lepas tu kain tak boleh jarang dan paling penting kain mempunyai bidang 60 inch. 45 inch boleh jer sebenarnya tapi renyah. Kepada sesiapa yang hantar kain dengan Cik Zai nak buat fesyen jubah tapi kain 45 inch memang kecik beso kecik beso je aku tengok orang tu. 

Fikir- fikir bila dah pandai buat fesyen jubah ni kan, rasa nak jahit jubah jer sampai bila-bila, fesyen lain goodbye dan kalau belajar pelbagai fesyen jubah pun mesti syok. Lepas ni bolehlah pergi kerja pakai jubah jer hari-hari hihihihi. Walaupun jubah tu bukan baju formal pun tapi tu lagi baik dari baju yang formal tapi tak menutup auratkankankan.

Jubah pertama Cik Zai




UJIKAJI JAHIT

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah, dah masuk fesyen ketiga Cik Zai belajar ilmu jahit menjahit. Cik Zai ambil kelas weekend jer sebab hari biasa CZ kerja.

Baju Kurung Pesak Gantung & Kain Lipat Batik
Baju Kurung Moden & Kain Kembang Payung
Baju Kurung Pesak Buluh & Kain Ombak Mengalun

Kalau tanya orang Pro diorang kata Baju Kurung Moden lagi senang tapi kalau tanya Cik Zai ofkosla Baju Kurung Pesak Buluh lagi senang hihihi. Nak lakar pola pun senang, ni anak buah aku lakar pun lepas ni.

Sebelum Cik Zai belajar ilmu jahitan ni, memang dah buat pertimbangan banyak kali dah dari segi pro & kontra. Sebab sebelum ni dua hati antara nak sambung degree atau nak belajar ilmu kemahiran. Kalau belajar ilmu kemahiran ni, belajar tak habis pun at least aku boleh jahit baju sendiri, baju family dan baju orang. Kalau sambung degree semata-mata nak dapat segulung ijazah, dengan tak minat kos yang ada satu hal, bazir duit banyak-banyak, belajar sekerat jalan baik fikir masak-masak. Aku kena audit semula niat nak sambung degree tu.

Masuk balik cerita belajar menjahit ni. Sejak belajar menjahit ni rezeki orang hantar kain mencurah-curah ke ladang gandum. Korang, Cik Zai budak baru belajar… Sorryla kalau CZ tolak kain korang sebab aku tak nak kain korang jadi bahan ujikaji. Kang tak jadi baju korang haaa jangan nangis-nangis depan aku sebab aku awal-awal da pesan aku ni budak baru belajar dan banyak benda lagi aku kena explore….

Satu hari nanti bila Cik Zai dah pro, boleh da jadi Cikgu jahit, tak pun buka butik. Haaaaa impian tu penting. Semoga boleh jadi orang yang sentiasa bermanfaat untuk orang lain. Insya-Allah.

Ni baju kurung pesak buluh yang baru siap. Tinggal nak pakai jer.
Sekian


BAJU KURUNG PESAK GANTUNG

Assalamualaikum…

Kiranya Baju Kurung Pesak Gantung adalah model pertama yang Cik Zai belajar dekat kelas jahitan. Sebenarnya bukan yang pertama pun sebab dulu masa lepas SPM pernah buat baju kurung, baju melayu, beberapa jenis kain dan sebagainya tapi disebabkan masa tu tak bersungguh sangat so kena ulangkaji semula ilmu yang dah 9 tahun tinggal kalau nak pandai.


Macam ni la rupa pola baju kurung pesak gantung bila korang dah siap lukis. Baju ni yang aku perasan pesak bawah dan atas berasingan@putus. Cikgu kata boleh jer buat pesak tu tak putus tapi alang-alang belajar buat yang susah terus so di kemudian hari tahu dah cara nak buat pesak putus atau tak.



Bagi orang yang dah pro tak mainlah lukis-lukis atas kertas minyak, lukis atas kain teruslah beb! Orang yang jujur, amanah dan cermat macam aku jer lukis atas kertas minyak macam gambar kat atas tu teheeee. Lepas tu baru potong kain ikut pecahan pola tersebut.

Ukuran yang diperlukan:
Labuh baju
Bahu
Labuh Lengan
GTB (Garisan Tulang Belakang)


Macam nilah rupa baju Cik Zai yang dah siap, rasa macam besar jer baju ni tapi akak-akak dekat kelas kata baju kurung pesak memang akan kembang kat bawah tu nampak besar. Hmmm, takperlah nanti baju kedua aku taw dah mana nak adjust bagi dia nampak relevan macam baju yang cikgu pakai kat kelas, cantik kot baju pesak yang dia pakai tu. 

Sekian dulu... lain kali cerita pasal kain lipat batik yang CZ belajar hari tu pula...

NOTA JAHITAN

Assalamualaikum...

Buku ni dan 9 tahun Cik Zai tinggal tapi baru nak tengok-tengok apa benda aku tulis dalam buku ni sebab Cik Zai nak sambung nota jahitan yang baru belajar hari tu. Bila buka page by page MasyaAllah! Cik Zai baru perasan banyak benda aku belajar lepas habis SPM dulu. Aku jer tak ingat.

Cover nota

Pola Baju Melayu

Pola Kain Kembang


Pola Baju Kurung
Nota pun dah bertompok-tompok coklat dah. Tu tandanya aku memang jaga buku ni sangat-sangat okay. Cover tu masih cantik lagi sebab Cik Zai dah balut dengan kertas pembalut hadiah. Don’t ever judge books by its cover. Yeahh salahh, sekarang ni orang kalau beli buku pun memang tengok cover dulu.

See, Cik Zai pernah belajar buat baju kurung, baju melayu, pelbagai jenis skirt, seluar pun ada. Ohemmjayy….. ni maksudnya kena buat ulangkaji jer ni insyaallah boleh buat. Korang pun dah boleh hantar kain dekat Cik Zai, tupunnn kalau korang tak takut kain korang jadi bahan experiment... wahahaha….

Buku ni aku tak akan buang dan tak akan bagi kat sape pun sebab ada sentimental value. Lagipun aku jer paham apa nota yang aku buat. 



PULUT MANGGA SODAP!

Assalamualaikum…


Pulut Mangga...RM5 jer!

Selalu dengar orang sebut pasal pulut mangga tapi tak pernah makan walau dan masuk 2 tahun setengah duduk sini. Lepas dua tahun setengah baru dapat rasa. Sedap wei, sangatttt....

Kalau pulut durian pernah makan dekat Kuala Perlis dulu masa nak pergi Langkawi. Pulut durian ofcos sedap sampai dekat Padang Besar CZ pi pekena pulut durian.

Dah nak masuk tahun ke-3 duduk sini baru perasan ada tempat jual pulut mangga and pulut durian kat Putrajaya ni. Tu haaa dekat Warisan. Bukan tu jer ada jual, sate samuri, cendol pulut, pelbagai jenis sup pun ada dekat sana. Sup ayam dekat sana rasa dia sebijik macam mak aku masak. Sedap sangatttt sampai aku asyik-asyik order sup ayam jer, makanan lain aku tak pandang dah. Lepas rasa pulut mangga jer aku jadi curang dengan bihun sup ayam. Hahahah...

MESIN JAHIT YANG BEST!

Assalamulaikum...

Orang kata kena belajar jahit dulu baru beli mesin jahit tapi bagi Cik Zai beli mesin jahit dulu baru belajar jahit. Mana-mana la…. belajar pun boleh, mesin jahit pun boleh, belacan pun boleh bak kata lawak youtube.

Cik Zai dah aim beberapa produk iaitu Brother, Singer, Juki dan sebagainya tapi lastly pilih Singer atas sebab berikut:

Senang nak cari tempat hantar repairMesin jahit bukan macam handphone tiap-tiap tahun ko nak beli yang update. In case rosak ok boleh hantar ke kedai singer yang berhampiran. Dulu dekat rumah Cik Zai ada satu jenama mesin jahit ni tapi aku tak nak mention jenama apa. Bila rosak hantar repair kat kedai, orang kat kedai tu kata produk tu produk lama so susah nak cari spare part.  Padahal baru 2 tahun jer mesin tu keluar dah kata produk lama. Kalau produk singer dah 15 tahun pun masih ada alat ganti lagi.

Harga tak mahal sangat dan tak murah sangat. Cikai-cikai pun korang boleh dapat harga rate RM500++- dan ke atas. Orang kata beginner tak perlu beli mahal-mahal, mesin yang basic tu pun jadi. Memanglah jadi… tapi beginner yang macam Cik Zai ni dalam kepala dah fikir nak jahit langsir, pelbagai jenis fesyen baju, cadar, itu, ini …..Omaigahhh… kena beli yang heavy duty trus sebab aku nak menjahit non stop…semangatttlah sangatt…

Singer adalah produk yang dipercayai ramai sejak turun temurunCuba korang pergi rumah atok nenek korang, mesti ada mesin jahit singer. Itu maksudnya produk singer ni tahan lama.

Lastly, sebab SINGER MENAWAN KELUARGA BAHAGIA… Sejak kecik aku dengar iklan singer ni, siap nyanyi-nyanyi lagi.


Akhirnya, dah terbeli yang diatas ini, orang kat Singer kata mesin ni tahan panas, kalau mesin biasa tak boleh jahit terus menerus selama berjam-jam sebab nanti jam. So, rembat yang ni satu Singer Model 4423. Tempah Model 4432 tapi yang dapat 4423 jer. Hmmm takperla banyak-banyak corak pun jahit lurus juga yang diguna. So, mesin jahit selamat berkhidmat untuk saya. Korang yang nak beli mesin jahit boleh masukkan model ni dalam list korang sebab Cik Zai dan guna beberapa hari dan mesin tu memang best, puas hati, senang nak guna, tak cepat panas dan sebagainya. Alah membeli menang memakai.

Baju kurung pesak yang dah siap separuh.

NEW EPISODE : KELAS JAHITAN

Assalamualaikum…




Seingat CZ la, dulu aku ada post kisah angan-angan mat jenin yang entah bila ada kesudahannya. Plan nak sambung study tapi nak tukar bidang kemahiran (kemahiranlah sangatt) tapi aku dah lupa post yang mana satu. Abaikan post tu sebab tu mukadimah yang ada related sikit-sikit untuk post kali ni.

Al-kisahnya bermula….

Ada orang kata, kalau nakkan sesuatu jangan beli@dapatkan terus, tunggu seminggu kalau perasaan tu masih ada baru kita beli@dapatkan sebab kita ni kadang-kadang ikut hati mati dan ikut rasa binasa jer. Yeah, berbelit-belitkan ayat aku sampai aku sendiri pun tak faham. Maksudnya Cik Zai taknaklah buat sesuatu mula-mula jer excited lepastu hmmm tinggal macam tu jer.

Sejak dua menjak ni angan-angan nak belajar kemahiran semakin tinggi frekuensinya. CZ yakin ni bukan sekadar angan-angan mat jenin tapi angan-angan yang akan direalisasikan satu hari nanti sebab keinginan dan melebihi setahun kalau tak silap. Cik Zai ada buat survey tempat yang sesuai untuk belajar tapi memang tak banyak choice. Kalau dekat Tawau, Sabah ada jer Maktab jahitan, giat mara dan sebagainya. Dekat Putrajaya ni memang ada orang perseorangan yang menawarkan kelas Jahitan tapi rasa macam tak berbaloi jer dengan harga (sehari@2 hari kelas RM200++ per fashion….Ooomaigahhh)…. Nak tunggu bengkel Suri Putrajaya tapi bila buka permohonan asyik termiss jer.  Ehmmm…takper Cik Zai terus cuba cari hari demi dan apply….

Sehinggalah pada suatu hari….Cik Zai terima mesej ayat seperti di bawah:

Kelas jahitan akan diadakan pada @#$%%^^

Sila bawa peratan seperti ^&**(, ^&**( blab la bla….
Yuran adalah sebanyak RM$%*

Peliknya Cik Zai pun tak ingat bila masa CZ apply tapi Alhamdulillah la. Tengok lokasi pun taklah jauh sangat. Hopefully, aku belajar rajin-rajin sampai boleh buat baju sendiri. Sekarang tengah plan nak beli mesin jahit. Cik Zai pun confuse nak beli brand apa dan model apa.
So, any idea? 

PRODUA AXIA MEMANG BEST!

Assalamualaikum...





Bagi korang yang nak beli kereta korang belilah Produa Axia. Cik Zai dah pakai 3 bulan dah. Memang syok. Sangat-sangat!

Sebab kenapa korang kena beli Axia..!!!

Jimat minyak! Sangat!
Ni adalah main reason kenapa korang kena beli Axia. Jarak tempat kerja Cik Zai daripada ofis dalam 30 minit dengan menaiki kereta. Dalam seminggu penggunaan minyak hanya RM20 jer. Tu pun ada balance 1 bar kalau just pergi kerja balik kerja. Banding dengan kawan Cik Zai guna proton saga, rumah dan tempat kerja dalam 15 minit tapi penggunaan minyak dua kali ganda lebih daripada Cik Zai. Haaa!! See... Cik Zai dah kata Axia ni memang jimat minyak. Kalau korang nak tahu secara terperinci kenapa dan bagaimana Axia jimat minyak secara saintifik or dari segi enjin n bla bla korang boleh google sendiri di laman web produa sebab Cik Zai bukan engineer okay. Hihihi.

Besar dan ruang bahagian dalam yang luas!
Yeahhhh! Ini adalah sebab kedua yang terhebat dan meletopp. Cuba korang bayangkan kereta Viva yang kecil harganya lebih mahal daripada Axia yang besar. Baik ambil yang besar dan murah banding yang kecil dan mahal…yer tidak? Lepas tu Axia ni lagi tinggi dari Saga dan lebih lebar dari Myvi baru. Korang yang pernah naik Axia boleh bandingkan keluasan dalaman Axia banding kereta lain.

See! Axia lagi lebar dari Myvi baru kalau tengok dari belakang.

Murah!
Beb! Mana korang nak jumpa kereta termurah dengan instalment serendah RM250++ (basic) kat Malaysia ni? Kecuali kereta secondhand tu lain cerita. Produa Axia jer beb!

So, kepada korang yang masih pening kepala nak beli kereta mana satu dengan bajet yang cukup-cukup makan @ tak seberapa bolehlah masukkan Produa Axia dalam list pilihan korang. Lainlah kalau korang kaya raya @ berkemampuan beli yang lebih baik dan tak kisah harga ribu juta-juta memang banyak lagi kereta terbaik kat luar sana.




SEBAB GAGAL INTERVIEW

Assalamualaikum



Biasanya bila korang mohon kerja sebab apa?? Alasan apa? Awak ada degree/ master tapi kenapa mohon jawatan ni….

Alasan biasa…

Nak menyara keluarga.....
Dah habis belajar so kena kerja….
Sebab ini sahaja pilihan/ kekosongan yang ada (no choice)…
Nak bermula dari bawah…
Sebab memang berminat dengan kerja ni…
Gaji not bad (cakap dalam hati jer tapi ada juga someone yang berani luahkan kepada panel)…..

Walaupun korang jujur sangat jangan sesekali bagi alasan seperti di atas. Sebabnya, alasan diatas lebih kepada kepentingan diri korang semata. Fikirkan dan bagilah alasan-alasan yang memberi kepentingan kepada organisasi. Kalau aku jadi panel pun aku rasa mengantuk dengar jawapan korang. Huwaaaaa ngantuk baik pergi makan dari interview korang.

Jom makan rojak buah....nyum nyum....


 

LUKISAN 3D DI THE ARTMOSPHERE SERI KEMBANGAN



Assalamualaikum…

Cik Zai tak ada bakat melukis. Lukis orang lidi bolehlah. Sebab tu Cik Zai respek dengan orang yang boleh melukis. Siap dengan lukisan 3D lagi.


Lokasi adalah di The Artmosphere Seri Kembangan. Kalau tengok informasi ada lebih 80 lukisan yang berbentuk 3D. So, korang yang suka ambil gambar atau nak hayati lukisan-lukisan yang ada tu boleh datang sini bersama family, kawan-kawan, sanak-saudara, cucu cicit dan sebagainya. FYI uolls, free of charge ok! Cik Zai tak gi tengok semua pun sebab nak balik dah lewat malam. So, diantara lukisan-lukisan 3D seperti di bawah ini:

Main piano yang takder bunyi langsung sampai bila-bila pon.


Tunggu Kereta Api nak balik Sabah ^_^ 


Main belon bersama adik-adik.


Silap mood. Patut mood scary.


Bye, nak naik kereta api dah balik Sabah.


PENGALAMAN PERTAMA MEMANDU

Assalamualaikum...



Lepak sini best (PICC).

Hari ni pergi kerja awal pagi. Sebab hari ni first time memandu sorang-sorang. Biasa ada Cikgu bertauliah duk sebelah yang skema, yang berdisiplin sangat, menjadi penasihat setia dan yang pantang tengok kesalahan Cik Zai masa memandu. Alhamdulillah sampai juga ke ofis walaupun bawa slow. Harap-harap balik nanti selamat sampai juga. Amin.

Ingat lagi masa belajar kereta dulu, kalau cikgu memandu call memang zai dah rasa eeee malasnya nak gi belajar memandu. Kadang-kadang Cik Zai tak hubungi Cikgu memandu langsung tanya-tanya bila boleh belajar lagi sebab Cik Zai memang tak minat nak drive. Senang cerita memang Cik Zai tak ada feel pun nak bawa kereta. Ambil test JPJ pun cikgu  daftar senyap-senyap nama CZ tanpa pengetahuan diri ini. Bila Cik Zai dapat tahu dia kata “alaaa daftar jer pon, kalau nak cancel boleh”…. Yelahtu boleh cancel... Cikgu Cik Zai dah fadeup agaknya nak ajar Cik Zai dengan attitude Cik Zai macam ni. Bila fikir balik kalau cikgu tak pergi daftar nama Cik Zai masa tu sampai sekarang Cik Zai tak ada lesen bawa kereta. Ok jugalah tu… Terima kasih sangat-sangat  cikgu saya.

Cik Zai rasa duduk dekat Putrajaya ni dari segi pengangkutan memang terbaik dan terjimat di Malaysia. Bayangkan naik bas diorang charge 50 sen jer. Dah tu direct pula tu (kecuali hari cuti). Kekerapan pun dalam 15 minit. Tak ada masalah langsung bila nak pergi kerja. Nadi Putra memang terbaek sangat-sangat. Biasanya orang nak belajar memandu ni sebab dia betul-betul nak belajar dan lagi satu sebab keperluan. Kalau Cik Zai pula huuuu entah sebab apa, sebab suka-suka kot… sebab tu Cik Zai lambat nak master sebab niat pun dah tak betul.

Cumanya….

2 tahun duduk Putrajaya ofcosla boring juga. Hari-hari tengok benda yang sama. Hari-hari rutin yang sama. Dalam kepala ni nak sambung belajar juga. Kalau tak reti-reti bawa kereta macam mana nak sampai ke destinasi. Kang dah kawin masih tak reti-reti nak drive. Lagi satu sebab Cik Zai nak gi lepak kat depan Masjid Putra. Kalau pandai memandu boleh lepak sana setiap hari menghayati keindahan alam. Tempat favourite tuu….boleh tengok kanak-kanak excited main buih sabun, tengok orang main rollerblade, main basikal dan banyak lagila. Haaa tengok… Cik Zai Cik Zai…memang kena ubah niat tu…


Kat sini tempat yang best nak lepak.
Semoga Cik Zai makin yakin masa drive, semoga Cik Zai dapat pergi tempat yang elok, semoga Cik Zai tak susahkan orang, semoga perjalanan Cik Zai dipermudahkan dan mempermudahkan orang lain dan akhir sekali semoga Cik Zai jadi pemandu yang paling hebat di dunia (Pemandu Berhemah). Insyaallah... 

Sekian.