BAJU KURUNG PESAK GANTUNG

Assalamualaikum…

Kiranya Baju Kurung Pesak Gantung adalah model pertama yang Cik Zai belajar dekat kelas jahitan. Sebenarnya bukan yang pertama pun sebab dulu masa lepas SPM pernah buat baju kurung, baju melayu, beberapa jenis kain dan sebagainya tapi disebabkan masa tu tak bersungguh sangat so kena ulangkaji semula ilmu yang dah 9 tahun tinggal kalau nak pandai.


Macam ni la rupa pola baju kurung pesak gantung bila korang dah siap lukis. Baju ni yang aku perasan pesak bawah dan atas berasingan@putus. Cikgu kata boleh jer buat pesak tu tak putus tapi alang-alang belajar buat yang susah terus so di kemudian hari tahu dah cara nak buat pesak putus atau tak.



Bagi orang yang dah pro tak mainlah lukis-lukis atas kertas minyak, lukis atas kain teruslah beb! Orang yang jujur, amanah dan cermat macam aku jer lukis atas kertas minyak macam gambar kat atas tu teheeee. Lepas tu baru potong kain ikut pecahan pola tersebut.

Ukuran yang diperlukan:
Labuh baju
Bahu
Labuh Lengan
GTB (Garisan Tulang Belakang)


Macam nilah rupa baju Cik Zai yang dah siap, rasa macam besar jer baju ni tapi akak-akak dekat kelas kata baju kurung pesak memang akan kembang kat bawah tu nampak besar. Hmmm, takperlah nanti baju kedua aku taw dah mana nak adjust bagi dia nampak relevan macam baju yang cikgu pakai kat kelas, cantik kot baju pesak yang dia pakai tu. 

Sekian dulu... lain kali cerita pasal kain lipat batik yang CZ belajar hari tu pula...

NOTA JAHITAN

Assalamualaikum...

Buku ni dan 9 tahun Cik Zai tinggal tapi baru nak tengok-tengok apa benda aku tulis dalam buku ni sebab Cik Zai nak sambung nota jahitan yang baru belajar hari tu. Bila buka page by page MasyaAllah! Cik Zai baru perasan banyak benda aku belajar lepas habis SPM dulu. Aku jer tak ingat.

Cover nota

Pola Baju Melayu

Pola Kain Kembang


Pola Baju Kurung
Nota pun dah bertompok-tompok coklat dah. Tu tandanya aku memang jaga buku ni sangat-sangat okay. Cover tu masih cantik lagi sebab Cik Zai dah balut dengan kertas pembalut hadiah. Don’t ever judge books by its cover. Yeahh salahh, sekarang ni orang kalau beli buku pun memang tengok cover dulu.

See, Cik Zai pernah belajar buat baju kurung, baju melayu, pelbagai jenis skirt, seluar pun ada. Ohemmjayy….. ni maksudnya kena buat ulangkaji jer ni insyaallah boleh buat. Korang pun dah boleh hantar kain dekat Cik Zai, tupunnn kalau korang tak takut kain korang jadi bahan experiment... wahahaha….

Buku ni aku tak akan buang dan tak akan bagi kat sape pun sebab ada sentimental value. Lagipun aku jer paham apa nota yang aku buat. 



PULUT MANGGA SODAP!

Assalamualaikum…


Pulut Mangga...RM5 jer!

Selalu dengar orang sebut pasal pulut mangga tapi tak pernah makan walau dan masuk 2 tahun setengah duduk sini. Lepas dua tahun setengah baru dapat rasa. Sedap wei, sangatttt....

Kalau pulut durian pernah makan dekat Kuala Perlis dulu masa nak pergi Langkawi. Pulut durian ofcos sedap sampai dekat Padang Besar CZ pi pekena pulut durian.

Dah nak masuk tahun ke-3 duduk sini baru perasan ada tempat jual pulut mangga and pulut durian kat Putrajaya ni. Tu haaa dekat Warisan. Bukan tu jer ada jual, sate samuri, cendol pulut, pelbagai jenis sup pun ada dekat sana. Sup ayam dekat sana rasa dia sebijik macam mak aku masak. Sedap sangatttt sampai aku asyik-asyik order sup ayam jer, makanan lain aku tak pandang dah. Lepas rasa pulut mangga jer aku jadi curang dengan bihun sup ayam. Hahahah...

MESIN JAHIT YANG BEST!

Assalamulaikum...

Orang kata kena belajar jahit dulu baru beli mesin jahit tapi bagi Cik Zai beli mesin jahit dulu baru belajar jahit. Mana-mana la…. belajar pun boleh, mesin jahit pun boleh, belacan pun boleh bak kata lawak youtube.

Cik Zai dah aim beberapa produk iaitu Brother, Singer, Juki dan sebagainya tapi lastly pilih Singer atas sebab berikut:

Senang nak cari tempat hantar repairMesin jahit bukan macam handphone tiap-tiap tahun ko nak beli yang update. In case rosak ok boleh hantar ke kedai singer yang berhampiran. Dulu dekat rumah Cik Zai ada satu jenama mesin jahit ni tapi aku tak nak mention jenama apa. Bila rosak hantar repair kat kedai, orang kat kedai tu kata produk tu produk lama so susah nak cari spare part.  Padahal baru 2 tahun jer mesin tu keluar dah kata produk lama. Kalau produk singer dah 15 tahun pun masih ada alat ganti lagi.

Harga tak mahal sangat dan tak murah sangat. Cikai-cikai pun korang boleh dapat harga rate RM500++- dan ke atas. Orang kata beginner tak perlu beli mahal-mahal, mesin yang basic tu pun jadi. Memanglah jadi… tapi beginner yang macam Cik Zai ni dalam kepala dah fikir nak jahit langsir, pelbagai jenis fesyen baju, cadar, itu, ini …..Omaigahhh… kena beli yang heavy duty trus sebab aku nak menjahit non stop…semangatttlah sangatt…

Singer adalah produk yang dipercayai ramai sejak turun temurunCuba korang pergi rumah atok nenek korang, mesti ada mesin jahit singer. Itu maksudnya produk singer ni tahan lama.

Lastly, sebab SINGER MENAWAN KELUARGA BAHAGIA… Sejak kecik aku dengar iklan singer ni, siap nyanyi-nyanyi lagi.


Akhirnya, dah terbeli yang diatas ini, orang kat Singer kata mesin ni tahan panas, kalau mesin biasa tak boleh jahit terus menerus selama berjam-jam sebab nanti jam. So, rembat yang ni satu Singer Model 4423. Tempah Model 4432 tapi yang dapat 4423 jer. Hmmm takperla banyak-banyak corak pun jahit lurus juga yang diguna. So, mesin jahit selamat berkhidmat untuk saya. Korang yang nak beli mesin jahit boleh masukkan model ni dalam list korang sebab Cik Zai dan guna beberapa hari dan mesin tu memang best, puas hati, senang nak guna, tak cepat panas dan sebagainya. Alah membeli menang memakai.

Baju kurung pesak yang dah siap separuh.