RESIPI AYAM PANGGANG SENANG MUDAH CEPAT DAN LAZAT

Assalamualaikum…


Resipi ni aku suka buat sejak zaman bujang lagi sebab bahan-bahan mudah dan ringkas. Senang cerita semua bahan-bahan tu memang ada dekat rumah. Benda penting yang korang kena ada kalau nak buat resipi ni adalah… Jeng Jeng Jeng!  PEMANGGANG AJAIB jer…

BAHAN-BAHAN

9 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk lada putih biji
1 sk garam
4-5 sb kicap manis ABC

CARA-CARA

Tumbuk lada putih, garam, halia, bawang putih dan gaulkan dengan ayam. Jangan lupa masukkan kicap ABC. Gaul lagi.

Sediakan pemanggang ajaib. Letak sedikit minyak dan panggang ayam dalam pemanggang ajaib sehingga warna menjadi keperang-perangan seperti dalam gambar atau sehingga masak.

Sedap dimakan bersama nasi panas. Rasa ayam sangat juicy dan lazat wa habaq lu….

RESIPI IKAN PANGGANG MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP DAN CEPAT

Assalamualaikum...



Hari tu kan Cik Zai malas nak masak banyak lauk untuk makan malam so fikir punya fikir aku pun masakla ikan panggang masak lemak cili api ni. Bila encik husband makan dia kata woow.. sedapnyaaaa! Yang dalam rumah tu pun kata sedap sampai bertambah-tambah diorang makan. Aisemen lepas ni kena masak menu ni la sekali sebulan. Kenapa sebulan? Sebab makanan berlemak tak boleh makan hari-hari. Hihihihi... So kat bawah ni resipi sila scrool ke bawah.

Bahan-bahan:

9 ekor ikan sardin- Dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam, kunyit dan sedikit asam jawa.
Sayur Bendi
Santan kotak
1 sb cili kisar
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 sk lada putih biji
4 biji cili padi (hiasan)
2 sk serbuk kunyit
1 asam keping
Sedikit garam & gula@ aji secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara:

Gaul ikan dengan garam, kunyit dan sedikit asam jawa kemudian panggang dalam kuali ajaib selama 7 minit atau sehingga masak. Ketepikan.

Tumbuk lada putih, bawang merah, bawang putih, halia sehingga lumat dan tumiskan sehingga naik bau. 

Masukkan cili kisar, sedikit air dan sayur bendi, garam dan gula. Bila bendi da masak sedikit masukkan santan dan asam keping. Kacau sebati. Masukkan ikan yang telah dipanggang dan cili padi sebagai hiasan. Kacau sehingga mendidih dan masak. Make sure jangan didihkan terlalu lama sehingga pecah minyak.

Siap, boleh dinikmati bersama nasi panas.