RESEPI FETTUCCINE ALFREDO MUSHROOM MUDAH

Assalamualaikum...




Amboi.... bukan main nama resepi...tak kisahlah yer namapun menu western. Kadang-kadang kita ni walau tekak Melayu pasti ada satu masa nak makan masakan western, Thai, Cina dan sebagainya. So, hari ni nak share resipi Fettuccine Alfredo Mushroom. Resipi ni memang sangat-sangat senang. Ok tak perlu taip panjang-panjang, kita terus kepada bahan-bahan seperti di bawah..



Bahan-Bahan:

Fettuccine 
Setin Sos Prego Alfredo Mushroom
2 biji Cendawan Butang (Dihiris nipis-nipis)
Sedikit Isi ayam
3 biji bawang putih 
Cili merah
Cili padi
Sekeping Cheese
Sedikit Olive oil
Lada hitam
Daun sup (sebagai hiasan)


Cara-Cara:

Fettuccine direbus dalam periuk. Kalau tak sure cara nak rebus korang ikut jer arahan yang dipaparkan pada plastik.  

Untuk sos pula, panaskan minyak..masukkan bawang putih hingga keperangan kemudian masukkan ayam, hirisan cendawan butang, cili merah, cili padi dan gaul sehingga ayam agak masak. 
Seterusnya, setelah ayam agak masak masukkan sos Prego Alfredo Mushroom dan sekeping cheese... gaulkan. Sekiranya sos pekat sangat tambah sedikit air. Gaul sampai mendidih dan jangan lupa bubuh lada sedikit lada hitam.... 
Bila dah masak bolehlah dihidang dengan Fettuccine dan hias dengan sedikit daun sup. 

P.s. Resipi sos tak perlu bubuh garam sebab cheese tu dah masin.